|
Jawatankuasa Pengurusan Maklumat (JKPM) merupakan satu Jawatankuasa yang ditubuhkan di bawah Majlis ICT (ICT Council) yang diluluskan dalam Mesyuarat ICT Council Bilangan 1/2008 pada 4 Januari 2008. Dalam hal ini, penubuhan Jawankuasa Pengurusan Maklumat merupakan salah satu jawatankuasa yang agak penting dalam memantau dan menyelaras data dan maklumat.
Perkembangan pesat ICT telah membawa kepada beberapa perkembangan baru dalam pengurusan dan pentadbiran sesebuah Universiti iaitu dalam melaksanakan aplikasi-aplikasi baru melalui konsep Sistem Pengurusan Bersepadu seperti IMS Kewangan, IMS Staf, IMS Pelajar dan sebagainya. Pada masa yang sama juga, kesahihah data yang dikeluarkan juga perlu diselaraskan dan disemak bagi memastikan kesahahihan sebenar data adalah tepat dan terkini serta selamat.
Oleh kerana usaha ke arah pembangunan dan penggunaan sistem aplikasi yang lebih meluas di semua peringkat PTJ, maka kejayaannya amat bergantung kepada kelicinan penyelarasan dan pemantauan yang rapi dan berterusan terutamanya data dan maklumat yang dicapai, dimasukkan yang mencakupi pemilik data (data owner), pemilik sistem (system owner) dan sebagainya. |
|